Solat sunat Gerhana Bulan

Berdasarkan post sebelum ini menceritakan tentang Gerhana Bulan yang bakal terjadi malam 10 Disember, jadi ingin saya kongsikan cara menunaikan solat sunat gerhana.

Bagi yang belum pernah menunaikan pasti berasa sukar untuk melaksanakan, tapi lakukanlah solat sunat ini kerana terdapat pelbagai ganjaran yang dijanjikan oleh Allah dalam setiap ibadat hambanya.

Terdapat 3 cara untuk menunaikan solat sunat Gerhana Bulan ini :
i)  Yang sempurna ialah dilakukan 2 rakaat dengan setiap rakaat 2 ruku’ dan 2 qiyam yang dipanjangkan bacaan surah dan tasbihnya pada kedua-dua rakaat.
(Kesimpulannya: Jumlah ruku’, qiyam dan sujud adalah sebanyak 4 kali dalam 2 rakaat solat sunat gerhana).
Ini adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para sahabatnya dan melibatkan masa yang amat panjang.



Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Cara Menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan

Rakaat Pertama
1) Niat
2) Takbiratul Ihram
3) Membaca doa Iftitah
4) Membaca Isti’azah
5) Membaca Surah Al- Fatihah
6) Membaca surah dalam qiyam yang pertama [Al-Baqarah -286 ayat]
7) Rukuk (pertama) dengan membaca tasbih 100 kali.
8 ) Iktidal dan qiyam kedua. Baca Surah Al- Fatihah dan surah [Aali Imran -200 ayat]
9) Rukuk (kedua) dengan membaca tasbih 90 kali
10) Iktidal
11) Sujud (pertama) dengan membaca tasbih 100 kali
12) Duduk di antara dua sujud (sunat dipanjangkan tempohnya)
13) Sujud (kedua) dengan membaca tasbih 90 kali

Rakaat Kedua 
1) Qiyam (ketiga). Baca Surah Al-Fatihah .
2) Membaca surah [Al-Nisa’ -176 ayat]
3) Rukuk (ketiga) dengan membaca tasbih 70 kali
4) Iktidal dan qiyam (keempat). Baca Surah Al-Fatihah
5) Membaca Surah [Al-Ma’idah -120 ayat]
6) Rukuk (keempat) dengan membaca tasbih 50 kali
7) Iktidal
8 ) Sujud (ketiga) dengan membaca tasbih 70 kali
9) Duduk antara dua sujud (sunat dipanjangkan tempohnya)
10) Sujud (keempat) dengan membaca tasbih 50 kali
11) Membaca tasyahhud akhir
12) Memberi salam dan Imam bangun menyampaikan dua khutbah.

ii) Yang lebih sempurna dilakukan 2 rakaat dengan 2 kali ruku’ dan 2 kali qiyam, dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat. Ini adalah cara yang sederhana dan tidak memakan masa yang lama.

CARANYA:
Rakaat Pertama
1) Niat
2) Takbiratul Ihram
3) Membaca doa Iftitah
4) Membaca Isti’azah
5) Membaca Surah Al- Fatihah
6) Membaca surah dalam qiyam yang pertama ( dicadangkan Surah Al-Baqarah ayat 1-25 atau Surah Al-A’la 19 ayat)
7) Rukuk (pertama) dengan membaca tasbih 100 kali.
8 ) Iktidal dan qiyam kedua. Baca Surah Al- Fatihah dan surah. ( dicadangkan Surah Al-Baqarah ayat 26-48 atau surah Al-Ghasyiyah 26 ayat.)
9) Rukuk (kedua) dengan membaca tasbih 90 kali
10) Iktidal
11) Sujud (pertama) dengan membaca tasbih 100 kali
12) Duduk di antara dua sujud (sunat dipanjangkan tempohnya)
13) Sujud (kedua) dengan membaca tasbih 90 kali

Cara Menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan

Rakaat Kedua 
1) Qiyam (ketiga). Baca Surah Al-Fatihah .
2) Membaca surah (dicadangkan Surah Al-Baqarah ayat 49-61 atau Surah Asy-Syams 15 ayat)
3) Rukuk (ketiga) dengan membaca tasbih 70 kali
4) Iktidal dan qiyam (keempat). Baca Surah Al-Fatihah
5) Membaca Surah (dicadangkan Surah Al-Baqarah ayat 62-74 atau Surah Al-Zalzalah 8 ayat)
6) Rukuk (keempat) dengan membaca tasbih 50 kali
7) Iktidal
8 ) Sujud (ketiga) dengan membaca tasbih 70 kali
9) Duduk antara dua sujud (sunat dipanjangkan tempohnya)
10) Sujud (keempat) dengan membaca tasbih 50 kali
11) Membaca tasyahhud akhir
12) Memberi salam dan Imam bangun menyampaikan dua khutbah.

iii) Sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ini adalah cara dan bilangan rakaat yang paling minimum dan melibatkan tempoh yang singkat.

Beginilah Cara Menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan

Ulasan

Catatan Popular